Adsense untuk Youtube.com

Pada awalnya Google AdSense hanya boleh pasang di Blog dan Website sahaja, namun teknologi berkembang begitu cepat dan google adsense juga ingin mengembangkan iklan mereka keseluruh dunia untuk pasangkan di Youtube, misinya adalah untuk iklan mereka di lihat semua manusia di seluruh dunia.

Peluang ini telah diambil para pengguna Youtube.com menghasilkan ratusan dollar melalui Google Adsense. kita semua tahu pengunjung Youtube sekarang ini semakin banyak. maka tidak hairanlah apabila ada diantara pengguna Youtube.com boleh menjana pendapatan ribuan dollar melaluinya.

http://sofeasham.blogspot.com/2015/08/adsense-untuk-youtubecom.html



Baiklah kali ini saya akan kupaskan sedikit Cara-cara mendaftar akaun google adsense melalui Youtube.com.

Langkah pertama yang anda patut buat andalah seperti berikut:

1. Anda mesti memilik akaun email Gmail, jika anda belum mempunyai akaun gmail anda boleh mendaftar dan membaca selanjutnya disini.

2. Daftarkan gmail anda di Youtube.com dan Hasilkan Video anda sendiri, contohnya Video motivasi, video panduan dan pelbagai lagi video yang akan anda Upload di youtube.com itu nanti.

3. Kongsikan video anda yang teleh di Upload di youtube kepada rakan-rakan dan orang lain, nantikan Visitor dan views yang membolehkan google Adsense meminta untuk di iklankan produk mereka di chanel Youtube.com anda.

4. Anda juga boleh mendaftar akaun adsense tanpa menunggu pihak google adsense meminta untuk beriklan di saluran youtube anda, Cara mendaftarnya cukup mudah sila klik disini

Seperti yang kita semua tahu, pendaftaran google adsense mempunyai syarat-syarat yang tertentu, jika anda bersetuju dengan syarat yang teleh ditetapkan oleh pihak google adsense maka anda dibenarkan untuk meletakkan iklan-iklan tersebut di setiap saluran atau chanel youtube anda.

Baiklah disini saya sediakan beberapa tips untuk panduan anda menghasikan video yang menarik perhatian para pengunjung di youtube.com. Kajian yang saya buat, pada masa artikel ini di tulis saya dapati ramai di kalangan pengunjung youtube mencari sumber seperti berikut, Video lawak, video sedih, dan video panduan yang boleh memberi manfaat kepada pengunjung youtube, Video yang berbentuk iklan akan menjadi tumpuan ketika hari perayaan akan menjelma, seperti video ini.

Sediakan Beberapa Video yang panjang sebelum anda mendaftar di youtube.com, tak perlu peralatan yang telalu canggih, cukup hanya sekadar menggunakan telepon bimbit (smartphone) gambar cantik dan jelas yang membolehkan penonton suka melihatnya. Meletakkan iklan google adsense di Youtube adalah yang terbaik buat masa kini, kerana semua orang tahu youtube adalah tempat untuk menonton pelbagai video yang menarik. Saya sendiripun kadangkala membuka youtube untuk menonton video cerita yang menarik. Selamat mendaftar google adsense di youtube dan berjaya.

Jika artikel ini memberikan manfaat mohon dikongsikan dengan rakan-rakan anda

0 Response to "Adsense untuk Youtube.com"

Catat Ulasan