Cara membuat blog menerusi platform Blogger.com, Sejak pengumuman oleh pihak Google Adsense bahawa meluluskan blog malaysia dalam bahasa melayu untuk memohon iklan dari mereka. Saya dapati ramai yang ingin menceburi diri dalam bidang blogger. Oleh kerana ramai yang nak membuat blog secara percuma, saya kongsikan sedikit panduan cara membuat blog anda sendiri melalui platform blogger iaitu Blogspot.com
Perkara pertama anda mesti mempunyai email dari Gmail, Jika tiada sila baca cara mudah mendaftar email Gmail disini.
Yang kedua kunjungi laman web www.blogger.com untuk membuat blog anda,
sila masukkan alamat gmail anda di bahagian kotak yang disediakan seperti gambar dibawah:
Apabila sudah berjaya anda akan di bawa ke halaman seperti dibawah ini, apa yang perlu anda lakukan adalah (klik) New Blog.
Dan seterusnya anda akan diminta untuk mengisikan tajuk blog dan alamat blog anda seperti gambar dibawah ini.
Apabila selesai (klik) pada bahagian Create blog.
keterangan ringkas:
1. Buat akaun Gmail jika (tiada).
2. Layari laman web www.blogger.com.
3. Masukkan email gmai anda dikotak yang disediakan.
4. Klik pada New Blog.
5. Masukkan tajuk blog dan alamat blog anda.
6. Klik pada bahagian Crate blog.
Kini blog anda sudahpun siap, tapi anda perlu mengisinya dengan artikel, gambar dan video, untuk menarik pengunjung ke blog anda, Jika anda ingin menjana pendapatan melalui Google Adsense, Pastikan artikel yang ada diblog anda bukan dari copy paste, dan ikuti syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Adsense, anda boleh membacanya disini untuk persediaan sebelum memohon akaun di Google Adsense. Baiklah sekarang anda boleh memcubanya semoga berjaya.
Jika artikel ini memberi manfaat, mohon dikongsikan dengan rakan-rakan anda



Wah bestnya dapat buat blog sendiri
BalasPadam