Baru-baru ini saya agak terkejut apabila ingin membuat artikel baru di blog saya, Nak tahu apa yang membuat saya rasa gembira baca sampai penghujung artikel ini.
Ramai di para blogger malaysia menantikan berita gembira ini. mana taknya..bertahun-tahun kami menunggu diberikan kebenaran untuk bersama sama blogger di negara-negara lain yang sudah lama diberikan kelulusan beriklan dengan pihak Google adsense, sebelum ini yang kita tahu google adsense hanya dibenarkan blog yang berbahasa english sahaja.
Kini para blogger malaysia boleh tersenyum apabila diberi peluang untuk memohon iklan di google adsense dalam bahasa kembangsaan malaysia iaitu bahasa melayu, menurut pihak google adsense bilangan pernutur dalam bahasa melayu melebihi 220 juta orang di seluruh dunia serta khalayak yang semakin meluas dan meningkat dalam kandungan blog berbahasa Melayu untuk kita mendapatkan pembaca baharu.
Maka sudah layak untuk Anda memohon akaun dengan Google AdSense, wow.. ini adalah peluang buat anda untuk menghasilkan blog yang berbahasa melayu dan menjana pendapatan melalui adsense, taklah anda nak pening-pening lagi untuk membuat blog dalam bahasa english. Walaupun google adsense memberi peluang untuk memohon dalam bahasa melayu, syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak mereka tetap sama, jadi ikutlah peraturan yang telah ditetapkan Baca selanjutnya disini apakah blog anda sudah boleh untuk memohon iklan dari mereka.
Seperti yang anda tahu adsense tidak suka blog yang tidak kemas dan mempunyai banyak widget yang tidak diperlukan dan sukar untuk pengunjung membaca tulisan anda, jadi buatlah blog yang kemas dan cantik di mata pengunjung dan google adsense juga. selain dari maslah widget, ada juga masalah di tolak kerana artikel yang tidak mencukupi dan umur blog tetalu muda, sabar jangan terburu-buru untuk mendaftar kerana adsense sudahpun meluluskan blog basaha melayu untuk memohon iklan pada mereka, jadi hasilkan artikel yang banyak dan berkualiti hasil tulisan anda sendiri, naikkan trafik blog anda telebih dahulu sekurang-kurangnya 30 per hari pembaca yang berkunjung ke blog anda.
Ada juga blog basaha melayu ditolak kerana tidak mesra seo. Maksud yang yang di katakan mesra seo adalah mesra dengan enjin carian google, seperti yang telah saya tuliskan sebelum ini, untuk maklumat selanjutnya anda boleh membacanya disini
Template blog anda tidak bersesuaian salah satu faktor blog anda tidak diterima kerana template blog anda tidak boleh diletakkan iklan dari google adsense, mungkin disebabkan ia telalu kecil atau template yang anda gunakan itu tidak sesuai bagi pihak google adsense, bukan semua template yang boleh diterima oleh mereka.
Baiklah inilah sedikit sebanyak informasi yang mengejutkan para blogger malaysia dan juga memberi senyuman kepada kami yang dah lama menunggukan pihak google adsense meluluskan blog bahasa melayu untuk menjana pendapatan daripada iklan mereka. Dalam keadaan ekonomi keluarga yang tidak menentu, Maka inilah peluang buat para blogger malaysia menghasilkan sedikit sebanyak pendapatan darinya. Selamat mencuba mudah-mudahan berjaya.
Jika artikel ini memberi manfaat. mohon dikongsikan dengan Rakan-rakan anda.

0 Response to "Peluang Para Blogger Malaysia"
Catat Ulasan