Bagaimana Membuat Akaun Gmail

Cara membuat email Gmail sangat mudah dan simple sahaja. Tapi kepada mereka yang baru menceburi dunia IT, mungkin akan tertanya-tanya bagaimana nak mendaftar akaun Gmail ini, Apakah kegunaannya. Baiklah sebelum kita teruskan pembelajaran selanjutnya, saya kongsikan sedikit kegunaan dan kelebihan Gmail kepada anda.

http://sofeasham.blogspot.com/2015/08/bagaimana-membuat-akaun-gmail.html


Gimal diperlukan ketika anda ingin mendaftar Facebook.com, twitter.com dan pelbagai lagi media sosial yang lain, ada juga sesetengah laman web seperti blogger.com hanya boleh didaftarkan melalui akaun Gmail saja, juga yang sewaktu dengannya, betapa hebatnya Gmail kan.

Baiklah kita teruskan dengan cara mendaftar email Gmail ini, telebih dahulu sila layari laman web rasmi Gmail disini ia akan muncul seperti gambar dibawah ini.

Apa yang perlu anda lakukan isikan maklumat anda di semua kotak kosong seperti berikut:

http://sofeasham.blogspot.com/2015/08/bagaimana-membuat-akaun-gmail.html


1. nama pertama anda dan nama akhir anda.

2. Masukkan alamat email yang bersesuaian dengan anda, jika ia belum dimiliki oleh pengguna lain, jika sudah dimiliki anda akan di minta untuk menukar alamat Gmail yang lain.

3. Dibahagian kotak tiga masukkan kata laluan, nama lainnya adalah password sekurang-kurangnya lapan angka diperlukan.

4. Konfirmasi kata laluan anda, masukkan sekali lagi password anda untuk pengesahan supaya ia tidak salah atau berlainan.

5. Di kotak lima sila masukkan tahun bulan dan hari kelahiran anda.

6. kotak enam pilih status anda, Lelaki atau wanita hanya dua sahaja, yang lain-lain tak ada rasanya haha..

7. Dikotak tujuh pula masukkan negara anda dan nombor telepon anda.

8. Kotak lapan masukkan alamat email anda yang lain (jika ada) kalau tak ada biarkan kosong sahaja.

9. Tandakan dikotak kecil, bahawa anda bukan robot.

10. Dikotak sepuluh pula isikan dengan teks yang tetera di ruang atas, jika ia tidak beberapa nak nampak klik sahaja untuk mendapatkan teks yang baru.

11. Dikotak ini anda wajib tandakan bahawa anda bersetuju dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Gmail.

Yang terakhir sekali klik pada pautan (Langkah seterusnya ) yang berwarna biru, Sekarang dah pun siap email di Gmail anda dan boleh digunakan. untuk mendaftar Youtube.com dan blogger.com untuk membuat blog, saya akan akan usahakan cara membuat blogspot di artikel seterusnya nanti dan akan saya kongsikan blog ini.

Jika artikel ini memberi manfaat. mohon dikongsikan dengan Rakan-rakan anda.

0 Response to "Bagaimana Membuat Akaun Gmail"

Catat Ulasan