SOFEA SHAM Kongsikan 4 Tips Mudah Fokus Dalam Sesuatu Kejayaan

Salah satu perkara kenapa anda tidak boleh mencapai kejayaan untuk menghasilkan satu pekerjaan. Untuk berjaya dalam tujuan anda perlu kesabaran, kerana memerlukan waktu yang agak lama mencapai sesuatu kejayaan itu. Perkara yang pertama adalah fokus yang perlu ada pada diri anda. Jika anda tidak boleh fokus, maka kegagalan akan menanti anda. Baiklah artikel kali ini saya akan kupaskan beberapa tips untuk anda boleh fokus dalam tujuan anda, semoga ia boleh membantu anda.

http://sofeasham.blogspot.com/2015/08/sofea-sham-kongsikan-4-tips-mudah-fokus.html


Hampir setiap hari saya melihat dan merancang untuk menulis di blog ini, sebab tak nak memperkecilkan impian saya, biarpun artikel artikel yang saya tuliskan ini mungkin tidak menarik. Tapi.. saya perlu fokus.

Jadi bagaimana untuk kita mencapai sesuatu kejayaan itu dengan mudah? ikuti beberapa tips dibawah ini.

1. Tulis Matlamat Boleh Anda Ikuti
Kebanyakan anda sudahpun tahu bahawa menulis sasaran atau matlamat adalah sangat penting. Seni penulisan motivasi yang mudah ialah dengan menulis target yang jelas dan mampu dicapai dengan menulis matlamat anda. Bukan hanya menulis target dan matlamat sahaja.. Tapi anda perlu huraikan secara tepat Apa yang anda mahukan.

2. Perlukan kesabaran dan pengorbanan masa
Ianya merupakan satu perancangan yang rapi dan pengorbanan tenaga anda untuk mencapai sasaran. Inilah yang dikatakan kesabaran dan komitmen dalam seseatu kerjayaan yang perlu anda lakukan.

3. Senaraikan setiap target yang anda fikirkan anda boleh buat. Cuba bayangkan apakah perbezaan yang bakal anda rasakan.

Contoh 1: "Aku nak menulis sekurang kurangnya satu artikel diblog ini setiap hari.

Contoh 2: "Aku nak menulis 5 artikel diblog ini setiap hari.

Tanya diri anda soalan ini sebelum anda membuat pilihan untuk target yang lebih besar. Bolehkah anda menuliskan 5 artikel setiap hari, atau sebaliknya? Maka letakkan target yang jelas mudah dan realistik yang boleh anda ikuti pada diri anda, Bukannya semata-mata ingatan sahaja.

4. Selepas semuanya sudah anda lengkapkan, jangan lupa tuliskan di atas nota dan tampalkan di bilik tidur atau di hadapan komputer anda. Kalau boleh simpanlan juga di dalam handphone anda. Cuba melihatnya setiap hari untuk dijadikan peringatan pada diri anda.

Perkara ini boleh membantu anda untuk kekal fokus dan menjadi lebih mudah untuk mencapai kerjayaan yang anda impikan, kerana minda kita akan sentiasa mengikuti apa yang kita baca setiap hari dan mahukan.

Anda perlu yakin dan ikuti langkah-langkah di atas ini, selepas anda sudah boleh menulis dalam 2 atau 3 hari berturut-turut, Maka anda boleh melakukannya setiap hari.

Hakikatnya..Semakin banyak anda menulis, maka semakin tinggi tahap keyakinan dan motivasi anda untuk mencapai kerjayaan ini. Jadi marilah kita lakukannya dengan cara yang betul dan terus bertindak!

0 Response to "SOFEA SHAM Kongsikan 4 Tips Mudah Fokus Dalam Sesuatu Kejayaan"

Catat Ulasan